RSS

Monthly Archives: July 2012

Marina Bay Pulau Pinang akan di tutup?

PULAU PINANG: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendesak kerajaan menjelaskan status Marina Bay, Pengkalan Weld Pulau Pinang yang dikhabarkan akan ditutup.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar dewan itu, Dzulfahmi Bakar berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa pihak pengurusan Marina Bay tidak mampu untuk menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi.

Perkara itu juga katanya sedang heboh diperkatakan dan menjadi kebimbangan di kalangan pekerja di situ.

“Desas-desus ini sangat membimbangkan oleh kalangan pekerja Marina Bay khususnya pekerja secara kontrak, yang risau akan hilang hasil pendapatan untuk menyara keluarga mereka,” katanya.

Selain pihak kerajaan, pihaknya juga turut menuntut Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Datuk Seri Chua Soi Lek membuat penjelasan secepat mungkin.