RSS

13 Apr

Kenyataan Media

12 April 2012 Bersamaan Dengan 21 Jamadilawal 1433H

Pemuda PAS Pulau Pinang desak Musa, Umno beri penjelasan mengenai proses perolehan projek jejantas Bukit Mertajam bernilai RM108 juta sama ada secara tender terbuka atau rundingan langsung kroni Umno?

Datuk Musa Sheikh Fadzir wajar menjelaskan mengenai status Projek jejantas Bukit Mertajam bernilai RM108 juta yang didakwa tidak melalui tender terbuka.

Kerajaan pusat yang diteraju oleh Umno Barisan Nasional didakwa memberi projek mega itu kepada Gold Bridge Engineering and Construction secara rundingan langsung kerana beberapa ahli lembaga pengarah syarikat korporat itu didedah kepunyaan keluarga Musa sendiri.

Sebagai orang politik atau orang korporat, mustahil Musa tidak tahu mengenai projek-projek mega yang turun di negeri Pulau Pinang memandangkan beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Bahagian Umno Bukit Mertajam.

Projek ini di Bahagiannya, Bukit Mertajam. Syarikat pemaju milik adik beradiknya dipercayai khalayak mendapat projek ini tanpa kita semua dengar proses iklan tender terbuka dilakukan sama ada oleh kementerian berwajib atau JKR di negeri ini sendiri.

Kalau tender projek ini secara tertutup, ertinya tender ini lebih dekat dengan unsur-unsur kronisme, mungkin ada unsur penyelewangan dan mungkin ada unsur rasuah kerana proses tender ini dilakukan secara rundingan langsung.

Jangan pula Musa berdalih untuk tidak menjelaskan status projek ini kerana dia bersama-sama pemimpin Umno Pulau Pinang sebelum ini begitu ghairah menuduh perlaksanaan tender secara terbuka dalam penjualan tanah Bayan Mutiara oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Ivory Properties Group Berhad tidak dilakukan secara telus.

Penjualan tanah Bayan Mutiara sekurang-kurangnya dilakukan secara tender terbuka. Projek Jejantas Bukit Mertajam, bagaimana?

Justeru, Pemuda PAS PAS Pulau Pinang menuntut Musa memberi penjelasan, projek jejantas Bukit Mertajam tender terbuka atau rundingan langsung.

FIRDAUS ALI

Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar (LPAS)

Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang (DPPNPP)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: