RSS

PPIM desak SPRM siasat

14 Mar
AHMAD ISMADI ISMAIL
14 Mac 2012

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam (PPIM) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat dakwaan penyelewengan berhubung urusan tender projek teknologi maklumat bagi Lembaga Tabung Haji (LTH).

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung perkara itu.

“Sebuah syarikat swasta, Virtual Softnet Solution Sdn Bhd mendakwa mengalami kerugian RM400,000 untuk menumpukan projek IT di mana pada peringkat awalnya dikatakan LTH berminat menggunakan sistem beratur syarikatnya.

“Malangnya, pada saat akhir, syarikat lain iaitu anak syarikat LTH yang dikatakan tidak memenuhi keperluan spesifikasi tender dan bukanlah pengeluar sistem beratur dimasukkan ke senarai top 4 untuk Lembaga Anugerah tender dianugerahkan tender itu dengan tawaran harga lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia membantah beberapa keputusan LTH yang tidak wajar seperti menolak produk Islam lebih murah dan berkualiti atau membuat pelaburan dalam syarikat yang kemudiannya bersaing dengan syarikat kecil milik orang Islam khususnya.

“Kami melahirkan rasa ketidakpuashatian daripada proses tender ini dijalankan.

“Kami akan membawa perkara ini kepada menteri yang berkaitan agar dapat diselesaikan dan tiada penindasan terhadap mana-mana syarikat Bumi­putera,” katanya.sumber:sinar harian

_____________________________________________________________________________

editor: Minta pihak Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS MAlaysia dan Pulau Pinang menyiasat kes ini supaya rakyat tidak hilang keyakinan terhadap Tabung Haji.

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: