RSS

Polis berkas 7 penyamun di Batu Feringghi

07 Mar
Bahdin
7 Mac 2012

GEORGETOWN – Polis memberkas tujuh lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Batu Feringghi, pukul 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Azman Abd Lah berkata terdahulu polis menerima laporan mengatakan seorang lelaki menyamun wang tunai berjumlah RM300 dan sebuah telefon bimbit daripada seorang pelajar lelaki di Taman Nagasari, Perai, tengah hari semalam.

“Berdasarkan maklumat itu sepasukan polis telah berkejar ke tempat kejadian dan menjejaki suspek,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang turut dinaiki tiga lagi  menuju ke Batu Feringghi.

Pasukan polis yang mengekori kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi mendapatkan bantuan sebelum menyerbu sebuah unit di tingkat lapan pangsapuri terbabit.

Azman berkata kesemua suspek dipercayai turut terlibat dalam beberapa rompakan di kafe siber sekitar SPT sejak beberapa bulan lepas.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun serta sebatan. – Bernama

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: