RSS

TIADA KOMPROMI DALAM ISU NEGARA ISRAEL

23 Feb

Dewan pemuda PAS Malaysia (DPPM)menyokong penuh pendirian yang dibuat oleh majlis Syura Ulama PAS yang meminta menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu. DPPM melihat, pendirian yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama PAS ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam, bukan sahaja di negara ini malah dari seluruh pelusuk dunia. Pendirian Majlis Syura Ulama yang dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS membuktikan bahawa PAS tidak sekali-kali menggadai prinsip perjuangannya serta sanggup mengenepikan sentimen politik demi mencari keredhaan Allah Taala.

Pendirian ini menunjukkan PAS bersama gerakan Islam seluruh dunia bertegas tidak akan mengiktiraf mengiktiraf negara haram Israel. PAS tidak pernah berkompromi dengan mana-mana individu atau organisasi dalam isu Palestin. Negara haram Israel diwujudkan secara zalim dengan merampas hak rakyat Palestin, sehingga berpuluh tahun rakyat Palestin hidup menderita, dibunuh, diseksa, dipenjara dan diusir dari tanah tumpah mereka. Penyelesaian dua negara yang dicadangkan oleh sesetengah pihak sebenarnya tidak pernah dipersetujui kerana ia sama sekali menindas rakyat Palestin.

DPPM mengingatkan betapa bangsa Yahudi Israel adalah suatu bangsa yang zalim dan tidak akan tunduk dengan keamanan sehingga orang Islam semuanya berkiblatkan mereka. Allah SWt berfirman di dalam Al Qur’an Surah Al Baqarah pada ayat 120 yang bermaksud, “Tidak sekali-kali akan redha orang Yahudi dan Nasrani kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga kamu menurut agama mereka”.

Selain itu umat Islam masih tidak melupai bagaimana kekejaman Zionis Israel yang dibantu oleh kuasa Barat menjarah tanah Palestin melalui perjanjian Balfore 1917 sehingga bumi Palestin diserahkan kepada golongan Zionis untuk didirikan sebuah negara Israel. Perjanjian Oslo pada 13 September 1993 telah menguatkan lagi cengkaman negara haram Israel di bumi Palestin sehingga akhirnya negara Palestin yang besar di peta dunia mengecil sehingga tinggal hanya cebisan di sebalik peta Israel yang didirikan.

Oleh yang demikian, amat mustahil bagi umat Islam seluruh dunia mengiktiraf jenayah yang dilakukan oleh negara haram Israel ke atas umat Islam di Palestin. DPPM merasa amat wajar teguran dibuat oleh Mursyidul Am PAS terhadap kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya beliau menarik balik kenyataannya atau menyaman majalah Wall Street Journal (WSJ). DPPM juga mengingatkan beliau dan mana-mana pihak supaya menjaga sensitiviti umat Islam pada setiap masa. Isu Palestin begitu dekat di hati umat Islam, mengguris hati rakyat Palestin bererti mengguris hati keseluruhan umat Islam.

Disediakan oleh;
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: