RSS

Pemuda PAS nasihat Pulau Pinang lihat “dua lelaki bawa kavadi ditikam”

14 Feb

Pemuda PAS Pulau Pinang hari ini menggesa Kerajaan Negeri supaya menggazetkan Zon Larangan Membina “Panthel Thaipusam” di sekitar Jalan Utama dekat Hospital Besar Bukit Mertajam demi merealisasikan kempen  Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat.

Jurucakapnya, Ahmad Firdaus Ali dalam satu memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng antara lain menasihatkan kerajaan negeri supaya memandang serius mengenai insiden ”Dua Lelaki bawa Kavadi ditikam” sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro pada 9 Februari lepas.

“Pihak berwajib digesa manggazetkan zon larangan membina “Panthel Thaipusam” serta menyediakan garis panduan perayaan Thaipusam di sekitar Jalan Utama dekat Hospital Besar Pulau Pinang…pesakit, staf dan pelawat di hospital pada hari berkenaan cukup diganggu emosi mereka dalam keadaan yang cukup serius,” ujar Exco Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang menerusi e-mel kepada Nota Merah.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar berkata, tinjauan pihaknya pada hari Thaipusam 7 Februari lepas mendapati bahawa pembinaan ‘Panthel Thaipusam’ di sekitar Jalan Burma, Jalan Macalister, Jalan Lorong Kulit hatta di Jalan Utama dekat Hospital Besar Pulau Pinang mengakibatkan gangguan trafik kecemasan ke hospital berkenaan.

Ditambah dengan budaya minum arak secara melampau oleh segelintir penganut Hindu di kawasan kejadian, beliau berkata mengakibatkan wujudnya tarian liar dengan bunyi yang amat bising hatta mengakibatkan insiden dua penganut Hindu terbabit ditikam.

Insiden tersebut, menurut beliau, sedikit banyaknya mengganggu emosi dan sensitiviti agama pesakit, staf dan pelawat di hospital berkenaan.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut meminta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menguatkuasa dan membuat tinjauan susulan supaya “Panthel Thaipusam” tidak dibina secara semberono di sekitar hospital berkenaan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut digesa memanggil badan bukan kerajaan (NG) berwajib supaya mencari jalan penyelesaian terhadap insiden itu.

Memo tersebut, menurut beliau, turut akan dipanjangkan kepada Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Haji Othman, Prof Dr P Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Datuk Saleh Man (Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) Ar Patahiyah Ismail (Yang DiPertua MPPP), Mohd Yusof Mohd Noor (Ahli Majlis PAS dalam MPPP) dan sebagainya.

sumber:blog notamerah

 
Leave a comment

Posted by on February 14, 2012 in Isu Semasa

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: