RSS

PERJUANGAN BERTERUSAN MENEGAKKAN AGAMA ALLAH

27 Nov

 

Cita-cita untuk mendaulatkan Syariat Islam di negara ini senantiasa mekar dan laluan untuk merealisasikannya semakin lebar walaupun terpaksa menempuh cabaran dan rintangan yang sukar. Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor (mantan Presiden PAS) pernah menegaskan di dalam ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke-39 (11 Jun 1993 halaman 7) yang bertemakan “Pertahan Syakhsiyyah Ummah” bahawa: “Dasar dan pegangan kita (PAS) memperjuangkan Islam adalah tidak pemah berubah. Kita bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan Islam.”

Kedaulatan Islam hanya dapat direalisasikan apabila kita memiliki Daulah Islamiyah (Negara Islam). Justeru, berjuang untuk menegakkan negara Islam biarpun menghadapi halangan dan rintangan yang runcing di sepanjang zaman, namun ia tetap menjadi suatu kewajipan bagi umat Islam.

Gerakan ummah untuk mendaulatkan Syariat Islam di bumi tercinta ini telah bermula sejak sekian lama. Seorang tokoh ulama terkenal dalam sejarah negara kita, Syeikh Junid Thola di Perak telah memberi penegasan bahawa menjadi satu kewajipan kepada umat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, tokoh ulama terkenal tanah air Maulana Abdullah Noh dari Kelantan juga telah menegaskan tentang tanggungjawab memperjuangkan kewujudan sebuah negara Islam. (Abdullah Noh (1947) Semangat Perajurit-perajurit Muslim. Matba’ah Ismailiah Kota Bharu. halaman 53 – 54)

Mendukung kesinambungan perjuangan ini, Baharudin Abd Latif melalui lidah rasmi pertama PAS iaitu Suara Islam telah menulis secara aktif artikel yang menjelaskan konsep negara Islam. Antara artikel beliau ialah: “Tanah Melayu dalam Perjuangan Kita: Baldah Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur” sebanyak tiga siri. Prof Dr Zulkifli Mohammad juga merupakan tokoh besar di dalam Suara Islam.

Peranan Suara Islam (56′ – 62′) kemudiannya diteruskan oleh lidah rasmi PAS yang kedua Bulan Bintang (’67 – ’73)- Artikel Jaiz Anwar (almarhum)” Kedudukan Pemerintahan Islam”. Lidah rasmi PAS yang ketiga Berita PAS (’73 – ’74 dan ’82) turut aktif membincangkan mengenai negara Islam seperti artikel: “Peranan Agama dan Idealogi Dalam Pembangunan” oleh Baharudin Latif walaupun waktu itu PAS menyertai Kerajaan campuran PAS – Perikatan. Lidah rasmi PAS keempat Suara Islam (’79 – ’81) pula menonjolkan idea siasah dan negara Islam yang agak radikal sesuai dengan zaman atau era kebangkitan Islam pada waktu itu. Artikel “Pemisahan Antara Agama dan Politik: Satu Kekeliruan” menjadi topik utama selain Tafsir Fi Zilaalil Quran oleh Syed Qutb

Harakah selaku lidah rasmi PAS kelima, sejak 1987 juga telah menggempur pemiMran umat Islam mengenai kewajipan menegakkan negara Islam dengan menyiarkan artikel “Ke arah Menegakkan Daulah Islamiyah: Tanggungjawab menolak kesesatan” (Harakah bil. 1:31,30 Oktober 1987).

Pemimpin-pemimpin PAS terdahulu (Rahmatullahi Alaihim) telah menunjukkan kesungguhan memperjuangkan pembentukan negara Islam seperti Dr Burhanuddin Al Helmy yang pernah menulis dua buku mengenai hubungan Islam dengan politik kenegaraan iaitu Agama dan Politik (1954) serta Ideologi Politik Islam (1956). Sungguhpun kedua-dua karya ini ditulis sebelum beliau menyertai PAS. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (1963) Budiman Radhi menulis buku berjudul Tata Negara Islam. Sementara menangani keperluan non muslim mengenai negara Islam Prof Dr. Zulkifli Mohammad telah menghasilkan monolog yang berjudul Practicability of Islam As a Socio-Political System.

 

Kegigihan tersebut terus diwarisi oleh kepimpinan PAS sehingga hari ini seperti Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi (Presiden PAS) menghasilkan karya berjudul Konsep Negara Islam dan Matlamatnya (1986), “Jika Islam Mentadbir ” (1984), Islam Penyelesaian Masalah Umat dan Negara (1982) dan Sistem Pemerintahan Islam (1995).

PAS telah mempraktiskan usahanya untuk mendaulatkan syariat Islam dengan meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) di Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh PAS seperti di Kelantan (24 November 1993) dan Terengganu (2002).

Biarpun PAS mengalami tekanan yang cukup getir sepanjang perjuangannya untuk mendaulatkan Islam di negara ini, usaha dan gerak kerja untuk mendaulatkan Islam terus dilangsungkan tanpa jemu dan mengalah kepada tekanan. Pelbagai usaha dilakukan untuk memahamkan masyarakat Muslim dan non-Muslim sehinggalah ke hari ini. Mutakhir ini kelihatan laluan . untuk mendaulatkan syariat Islam semakin lebar sekalipun terpaksa melepasi kesukaran yang berpanjangan. Sabar, tabah, hikmah dan istiqamah menjadi ramuan utama untuk menjayakannya.

SUMBER..TARBAWI .MY

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: