RSS

KENYATAAN MEDIA-GERAI JALAN UTAMA

11 Nov

KENYATAAN MEDIA
10/11/2011 BERSAMAAN (14/ZULHIJJAH/1432).

Kerajaan PR di Pulau Pinang meneruskan agenda rakyat yang tidak dilaksana oleh Kerajaan BN terdahulu.

Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (LPAS) memuji dan menyokong sepenuhnya tindakan yang diusahakan oleh ADUN Datuk Keramat,YB Jagdeep Singh dan Ahli Majlis MPPP, Tuan Haji Yusof Bin Mohd Noor kerana berjaya menyelesaikan masalah yang berlarutan hampir 20 tahun dengan berjaya mendapatkan peruntukan untuk membaik pulih dan menaik taraf gerai-gerai makanan dan minuman di sekitar Jalan Utama iaitu bersebelahan dengan Hospital Besar Pulau Pinang.

Ianya adalah salah satu usaha sama oleh Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri Pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Dimana, sedia maklum bahawa keadaan persekitaran sekarang berada di dalam keadaan daif, kotor, dan parit-parit tersumbat. Ianya adalah hasil daripada peninggalan pimpinan Kerajaan UMNO/BN terdahulu tanpa membuat sesuatu benda yang memberi manfaat kebaikan kepada smeua pengunjung-pengunjung ke gerai-gerai tersebut.


Hasil Kajian yang dilakukan oleh Lajnah Pengguna&Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (LPAS DPPN Png) mendapati:

1) Rata-rata pengunjung bersetuju jika Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dapat membaik pulih dan menaik taraf gerai-gerai serta persekitarannya.

2) Majoriti pengunjung terdiri daripada pesakit di Hospital Pulau Pinang, Kakitangan Hospital Pulau Pinang amat memerlukan gerai-gerai makanan yang berdekatan dengan Hospital berbanding gerai makanan yang disewakan oleh MPPP di Stadium Bandaraya dan Padang Brown yang agak jauh.
3) Para pengunjung juga memaklumkan pada pihak LPAS DPPN Png, dimana mereka selalu melihat YB Jagdeep Singh dan Tuan Haji Yusof Bin Mohd Noor turun ke gerai-gerai ini menjamu selera berbanding pemimpin-pemimpin BN terdahulu.
4) Para pengunjung juga tidak bersetuju jika gerai-gerai makanan diwujudkan berhampiran dengan Padang Polo kerana perlu melintas jalan dan agak jauh untuk dikunjungi.
Tahniah diucapkan kepada YB Jagdeep Singh, Tuan Haji Yusof Bin Mohd Noor, Pihak MPPP dan Pihak Kerajaan Negeri kerana masalah ini dapat diselesaikan dengan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan rakyat (PR) berjaya memperuntukkan RM 270 Ribu dalam Belanjawan 2012 untuk menaik taraf dan membaik pulih premis-premis gerai MPPP di Jalan Utama bersebelahan Hospital Besar Pulau Pinang demi untuk menjaga kepentingan pengunjung dan melihat standard kebersihan bermutu di kawasan Hospital mahupun di luar kawasan Hospital (Kawasan gerai-gerai).
LPAS DPPN Png menyarankan bahawa semua Ngo-Ngo tidak perlu mengkritik dan membantah dengan rancangan Kerajaan Negeri ini. Malahan semua Ngo-Ngo perlu menyokong sepenuhnya kerana selama 20 tahun masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan terdahulu. Harus diingat 80-90 % peniaga di gerai ini ialah golongan Melayu dimana mereka sudah berniaga melebihi daripada 5 tahun. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak membelangkangi kaum melayu seperti mana apa yang digemburkan oleh media tali barut UMNO/BN. SEMOGA PROJEK INI DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA. SYABAS KERAJAAN PAKATAN RAKYAT(PR)

Dzulfahmi Bin Abu Bakar.
Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna&Alam Sekitar,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang(LPAS DPPN PNG)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: