RSS

Semuanya selamat apabila al-Quran di junjung

29 Oct

GEORGETOWN, 29 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Maipp (Maipp) memberi perhatian terhadap usaha melahirkan para huffaz di kalangan mualaf.

Jelasnya, memandangkan Islam bukan hanya untuk orang Melayu maka sewajarnya Maipp memberi penekanan terhadap usaha tersebut sebagai galakan golongan berkenaan untuk menghafal Al-Quran.

Baginya, Pulau Pinang boleh dijadikan contoh terbaik pelaksanaan program seumpama itu memandangkan golongan mualaf begitu ramai sekaligus memberikan semangat untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan betul, lancar dan tertib.

“Sempena majlis pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Al-Huffaz Negeri Pulau Pinang ini, saya cadangkan Maipp melahirkan ramai huffaz daripada kalangan muaalaf.

“Bukan apa ia sebagai langkah meramai serta menggalakkan golongan terbabit beramal dengan Islam,” ujarnya ketika memberi ucaptama majlis pengiktirafan Al Hafiz dan Ijtimak Al Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pagi tadi.

Islam katanya, didatangkan untuk semua kaum maka Al-Quran perlu dibawa kepada pengetahuan masyarakat bukan Islam selari dengan konsep dakwah yang diajarkan oleh Rasullulah s.a.w.

Lagipun, ujarnya Al-Quran patut diterjemahkan ke semua bidang tidak hanya dihafaz termasuk bidang kenegaraan atau pemerintahan agar negara berada dalam rahmat Allah SWT.

Bila Islam disanjung maka sesebuah negara itu akan aman, sejahtera serta berada dalam limpah ruah keberkatan yang tiada tolok bandingnya.

“Bila Al-Quran disanjung semuanya selamat. Tiada lagi gejala rasuah yang merosakan negara. Kekacauan tidak akan berlaku kerana manusia memahami isi kandunganya,” kata beliau.

Beliau yang dijemput khas buat kali pertama dalam majlis rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut terpanggil bersama-sama membantu setakat termampu untuk bersama mencari kaedah pendekatan berhemah memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam di negeri ini.

Pulau Pinang sambungnya, merupakan negeri yang unik, berlainan dengan Kelantan yang peratus tertinggi penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam.

Di Pulau Pinang pula jika mahu Islam bertapak kukuh tegasnya, institusi Islam mesti pandai memperkenalkan beberapa kaedah untuk menarik minat bukan Islam mendekati dan seterusnya memeluk agama Islam.

“Di Kelantan situasinya lain berbanding di Pulau Pinang, maka umat Islam wajar mencari kaedah terkini bagaimana mahu menjinakkan bukan Islam dengan Islam, barulah Islam dapat dikembangkan tidak hanya lingkungan orang melayu sahaja,” tambah beliau dalam majlis yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kasim dan Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man.

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: