RSS

PENETAPAN GAJI MINIMUM PR TEPAT PADA MASANYA

06 Oct

KENYATAAN MEDIA

06 Oktober 2011 / 08 Zulkaedah 1432

PENETAPAN GAJI MINIMUM PR TEPAT PADA MASANYA

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPAS) merasakan bajet yang dikemukakan oleh PR (PR) dalam meletakkan gaji minimum RM 1,100 sebagai gaji minimum tenaga kerja sebagai berpatutan dan kena pada masanya. Ini kerana dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan kenaikan harga barang, penetapan gaji minimum sebanyak RM 1,100 amat sesuai dilaksanakan.

LPAS mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang cukup memahami kehendak serta keperluan rakyat terbanyak, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Ini juga bersesuaian dengan tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam CEUPACS serta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahukan kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM 900.00. Dalam keadaan kerajaan teragak-agak untuk membantu rakyat berpendapatan rendah, PR tanpa berlengah panjang terus membentangkan bajet yang antaranya menetapkan gaji minima yang kena pada golongan sasaran.

Bagi LPAS, kerajaan sepatutnya telah lama menetapkan gaji minimum. Ia bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah agar keluar dari kepompong kemiskinan. Apa yang berlaku pada hari ini adalah ramai pekerja berpendapatan rendah yang mendapat gaji terlalu sedikit, sehingga ada yang kurang daripada RM 800 sebulan. Dengan gaji demikian, bagaimana folongan pekerja ini dapat hidup dalam suasana di bandar khususnya di Kuala Lumpur ini? Mereka pula mempunyai keluarga, dan dengan pendapatan yang sebegini semakin ramai yang terhimpit dengan masalah kewangan.

Pembentangan bajet PR membuktikan bahawa PR sentiasa meletakkan rakyat sebagai agenda utama. LPAS menunggu-nunggu apakah pula reaksi kerajaan dalam menawarkan kebajikan kepada golongan berpendapatan rendah. LPAS mengharapkan supaya kerajaan dapat menetapkan gaji minimum yang lebih baik daripada PR sesuai dengan sifatnya sebagai kerajaan persekutuan. Jika tidak, LPAS meminta rakyat agar memilih bajet PR dan seterusnya PR sebagai pilihan dalam pilihanraya Umum ke 13.

Disediakan oleh;

YB UST. MOHD FIRDAUS JAAFAR

Pengerusi

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar

Dewan Pemuda PAS Malaysia

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: