RSS

Pencemaran;Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pakar-Pakar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).

06 Oct

KENYATAAN MEDIA

06 Oktober 2011 / 08 Zulkaedah 1432 H

Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang (LPAS DPPN Png) mengucap tahniah dan syabas diucapkan kepada pakar-pakar daripada UKM kerana berjaya mengemukakan hasil kajian mereka kepada umum tentang isu peningkatan pencemaran udara akibat daripada peningkatan kenderaan di atas jalan raya.

LPAS DPPN Png memandang serius kenyataan yang dipaparkan dimuka hadapan Utusan Malaysia pada 3/10/2011 (Isnin) yang bertajuk Pengeluaran asap kenderaan berlebihan cemarkan udara. Empat ‘Bandar Beracun’.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa penduduk di Shah Alam, Putrajaya, Nilai, dan Tanjung Malim diancam pencemaran udara akibat daripada asap kenderaan berlebihan dimana boleh mengubah status Bandar selamat kepada Bandar beracun.

Manakala Bandar yang membimbangkan ialah Seberang Jaya (Pulau Pinang), Kemaman (Terengganu), dan Johor Baharu. Tidak terkecuali bandaraya seperti Kuala Lumpur juga akan mengalami pencemaran udara kritikal menjelang 2020 berdasar statistic peningkatan jumlah kenderaan iaitu sebanyak 7% setahun.

Sudah sampai masanya kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan dengan kerjasama pihak-pihak berkenaan perlu mencari satu formula atau mekanisme dalam menangani masalah ini. Antara cadangannya ialah mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan menggunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja mahupun bersiar-siar semasa cuti hujung minggu.

Persoalannya adakah sistem penggangkutan awam di negara ini setanding dengan negara negara maju di dunia? Jika dilihat kepada standard pengangkutan awam di Malaysia, ia masih menggambarkan bahawa sistem atau kemudahan infrastruktur pengangkutan awam masih ditahap yang tidak memuaskan kepada pengguna jalan raya khususnya untuk orang awam berbanding negara-negara membangun mahupun dikalangan negara maju. Bagaimanakah Kerajaan Pimpinan UMNO/BN mahu merealisasikan impian Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh Tun Dr Mahathir sedangkan sistem pengangkutan awam masih lagi di dalam keadaan yang tidak teratur dan lemah.

Masalah sistem pengangkutan awam yang dikenal pasti khususnya di Pulau Pinang

ialah :-

1) – Perkhidmatan bas yang tidak tepat masanya ke setiap tempat atau lokasi yang dituju dan menyebabkan orang awam lewat ke tempat kerja masing-masing.

2) – Kekurangan jumlah bas menyebabkan kepadatan penumpang ketika berada didalam bas mahupun semasa menunggu bas di setiap perhentian.

3) – Perlu naik dan turun sebanyak 2 atau 3 buah bas sebelum sampai ke lokasi yang dituju. Contohnya seorang pekerja di Komtar perlu menaiki bas daripada rumah (seberang jaya) ke Terminal Feri (jetty) dan daripada jetty ke Komtar.

4) – Sikap segelintar pemandu bas yang kadang-kadang tidak berhenti di perhentian yang disediakan untuk mengambil penumpang dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak sepatutnya.
Namun setiap kali belanjawan atau pengurangan subsidi minyak petrol (kenaikan harga petrol) diumumkan oleh Kerajaan UMNO/BN, alasannya ialah penjimatan duit subsidi minyak petrol dan suntikan dana semasa belanjawan adalah untuk ke pengangkutan awam. Tetapi sampai sekarang sistem pengangkutan awam masih di takuk yang lama.Sebagai contoh, pada tahun 2006, kerajaan menaikan harga minya petrol sehingga RM 1.65 sen seliter. Ucapan yang dipaparkan oleh media upahan UMNO/BN, Timb. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pada masa itu menyeru rakyat-rakyat berjimat cermat khususnya yang kerap mengunjugi kedai minum atau makan supaya mengurangkan daripada meminum teh tarik atau kopi daripada 2 hingga 3 kali ke sekali atau bancuh minum di rumah saja. Padahal pemimpin-pemimpin besar terus berboros jutaan ringgit untuk kepentingan individu atau kroni-kroni mereka.

Dato’ Seri Najib juga menyatakan hasil daripada pengurangan subsidi minyak petrol. Kerajaan dapat berjimat sehingga 4 billion ringgit dan duit ini akan di salurkan untuk penambah baikan system pengangkutan awam kelak. Akan tetapi sampai sekarang janji Kerajaan UMNO/BN tidak di tunaikan lagi.

Yang hanya Kerajaan UMNO/BN tunaikan ialah kenaikan harga minyak petrol, diesel, gas dan barang-barang makanan keperluan asas tetapi dalam masa yang sama satu lagi akta yang menindas rakyat dilaksanakan iaitu GST.

Sememangnya pencegahan lebih baik daripada perawatan terutama nya akibat daripada penceramaran udara iaitu komplikasinya ialah penyakit lower respiratory infection track seperti broncholitis dan penyakit upper respiratory infection track seperti tonsilaitis. Sesuatu harus dilakukan agar bandar-bandar di Malaysia ini menjadi tempat yang selamat untuk diduduki dan ianya mestilah bermula dengan penguatkuasaan yang ketat tanpa unsur-unsur rasuah. Yang pastinya ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya UMNO/BN dibiarkan terus menjadi pemerintah di negara ini.

Disediakan oleh;

Dzulfahmi Bin Abu Bakar
Timb. Pengerusi
Lajnah Pengguna & Alam Sekitar

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: