RSS

Monthly Archives: October 2011

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang berjaya kurangkan 95% hutang

TASEK GELUGOR, 30 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

“Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara. Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah,” jelasnya semasa berucap pada program
ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan.

Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap.

Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan.

Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang.

“Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya,” terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.-Harakahdaily

 
Leave a comment

Posted by on October 30, 2011 in Isu Semasa

 

Semuanya selamat apabila al-Quran di junjung

GEORGETOWN, 29 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Maipp (Maipp) memberi perhatian terhadap usaha melahirkan para huffaz di kalangan mualaf.

Jelasnya, memandangkan Islam bukan hanya untuk orang Melayu maka sewajarnya Maipp memberi penekanan terhadap usaha tersebut sebagai galakan golongan berkenaan untuk menghafal Al-Quran.

Baginya, Pulau Pinang boleh dijadikan contoh terbaik pelaksanaan program seumpama itu memandangkan golongan mualaf begitu ramai sekaligus memberikan semangat untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan betul, lancar dan tertib.

“Sempena majlis pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Al-Huffaz Negeri Pulau Pinang ini, saya cadangkan Maipp melahirkan ramai huffaz daripada kalangan muaalaf.

“Bukan apa ia sebagai langkah meramai serta menggalakkan golongan terbabit beramal dengan Islam,” ujarnya ketika memberi ucaptama majlis pengiktirafan Al Hafiz dan Ijtimak Al Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pagi tadi.

Islam katanya, didatangkan untuk semua kaum maka Al-Quran perlu dibawa kepada pengetahuan masyarakat bukan Islam selari dengan konsep dakwah yang diajarkan oleh Rasullulah s.a.w.

Lagipun, ujarnya Al-Quran patut diterjemahkan ke semua bidang tidak hanya dihafaz termasuk bidang kenegaraan atau pemerintahan agar negara berada dalam rahmat Allah SWT.

Bila Islam disanjung maka sesebuah negara itu akan aman, sejahtera serta berada dalam limpah ruah keberkatan yang tiada tolok bandingnya.

“Bila Al-Quran disanjung semuanya selamat. Tiada lagi gejala rasuah yang merosakan negara. Kekacauan tidak akan berlaku kerana manusia memahami isi kandunganya,” kata beliau.

Beliau yang dijemput khas buat kali pertama dalam majlis rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut terpanggil bersama-sama membantu setakat termampu untuk bersama mencari kaedah pendekatan berhemah memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam di negeri ini.

Pulau Pinang sambungnya, merupakan negeri yang unik, berlainan dengan Kelantan yang peratus tertinggi penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam.

Di Pulau Pinang pula jika mahu Islam bertapak kukuh tegasnya, institusi Islam mesti pandai memperkenalkan beberapa kaedah untuk menarik minat bukan Islam mendekati dan seterusnya memeluk agama Islam.

“Di Kelantan situasinya lain berbanding di Pulau Pinang, maka umat Islam wajar mencari kaedah terkini bagaimana mahu menjinakkan bukan Islam dengan Islam, barulah Islam dapat dikembangkan tidak hanya lingkungan orang melayu sahaja,” tambah beliau dalam majlis yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kasim dan Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man.

 
 

KEUTAMAAN & KELEBIHAN 1-10 ZULHIJJAH


Bulan Zulhijjah menghampiri kita. Pada sepuluh hari pertamanya terdapat banyak kemuliaan dan keutamaan. Hari-hari tersebut disediakan oleh Allah sebagai musim ketaatan dan kesempatan beramal soleh. Maka seorang Muslim wajarlah ia memperhatikan hikmah yang terkandung dalam bulan tersebut, memanfaatkan dengan melaksanakan pelbagai ibadah yang disyariatkan, menjaga perkataan dan amal yang soleh agar hatinya menjadi dekat kepada Allah Taala di mana hal tersebut dapat membantunya dalam menghadapi kehidupan ini dengan jiwa besar dan semangat yang berkobar. 10 hari pertama di bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang sangat mulia dan penuh barakah. Bukti kemuliaan ini, Allah Taala bersumpah dengannya dalam Al Quran Al Karim, “Demi fajar, dan malam yang sepuluh” Al Fajr:1-2

Imam At Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (Dan malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah dari ahli ta’wil (ahli tafsir). (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Qur’an:7/514)

Penafsiran ini dikuatkan oleh Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini, “Dan malam-malam yang sepuluh, maksudnya, sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid, dan lebih dari satu ulama salaf dan khalaf”. (Ibnu Kathir:4/535)

Kemuliaan sepuluh hari ini juga disebutkan dalam surah Al Hajj dengan perintah agar memperbanyak menyebut nama Allah pada hari-hari tersebut. Allah Taala berfirman, maksudnya, “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak”. (Al Hajj:27-28)

Imam Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini dengan menukilkan riwayat dari Ibnu Abbas, “Al Ayyam Al Ma’lumat (hari-hari yang ditentukan) adalah hari-hari yang sepuluh” (Tafsir Ibnu Kathir:3/239). Maka dapat disimpulkan bahawa keutamaan dan kemuliaan hari-hari yang sepuluh dari Zulhijjah telah datang secara jelas dalam Al Quran Al Karim yang dinamakan dengan Ayyam Ma’lumat karena keutamaannya dan kedudukannya yang mulia.

Manakala dari hadis, terdapat keterangan yang menunjukkan keutamaan dan kemuliaan sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah ini, di antaranya sabda Nabi S.A.W yang bermaksud, “Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah)”. Para sahabat bertanya, “Tidak pula jihad di jalan Allah? Nabi S.A.W, “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun” (Sunan Abi Daud dan Ibnu Majah).

Dianjurkan ke atas orang Islam pada hari-hari tersebut untuk bersungguh-sungguh dalam ibadahnya, di antaranya solat, membaca Al Quran, zikruLlah, memperbanyak doa, membantu orang-orang yang kesusahan, menyantuni orang miskin, memperbaharui janji kepada Allah Taala. Masih ada satu amalan lagi yang utama pada hari-hari tersebut, iaitu berpuasa sunnah di dalamnya.

Terdapat dalam Sunan Abi Daud dan lainnya menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W berpuasa pada 9 Dzulhijjah (rujuk Sunan Abi Daud no.2437)

Manakala Syeikh Muhammad bin Soleh Al Munajjid berkata, “Di antara musim ketaatan yang agung adalah sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, yang telah Allah muliakan atas hari-hari lainnya selama setahun dan hal ini diperkuat dengan beberapa bukti di bawah ini :

1. Allah Taala telah bersumpah dengannya. Dan bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil besarnya manfaat. Allah Taala berfirman bermaksud, “Demi fajar, dan malam yang sepuluh” (Al Fajr:1-2). Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zilhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibni Kathir:8/413)

2. Sesungguhnya Nabi S.A.W pernah bersaksi bahawa hari-hari tersebut adalah seutama-utamanya hari-hari dunia sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis shahih.

3. Rasulullah S.A.W menganjurkan untuk memperbanyakkan amal solih di dalamnya. Sesungguhnya kemuliaannya mampu diperoleh oleh setiap penduduk negeri, sementara keutamaan tempat hanya dimiliki oleh jama’ah haji di Baitil Haram.

4. Rasulullah S.A.W juga memerintahkan untuk memperbanyakkan tasbih, tahmid, dan takbir pada sepuluh hari tersebut. Dari Ibnu Umar R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda maksudnya, “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal solih di dalamnya lebih dicintai olehNya daripada hari yang sepuluh (sepuluh hari pertama dari Zulhijjah), perbanyaklah tahlil, takbir, dan tahmid di dalamnya” (Musnad Imam Ahmad 7/224, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan isnadnya).

5. Di dalamnya terdapat Hari ‘Arafah. Hari ‘Arafah adalah hari yang disaksikan yang di dalamnya Allah menyempurnakan ajaran deenNya sementara puasanya akan menghapuskan dosa-dosa selama dua tahun.

6. Di dalamnya terdapat ibadah ‘udhiyyah (berkorban) dan haji”.

Dalam sepuluh hari ini juga terdapat yaumun nahar (hari penyembelihan) yang secara umum menjadi hari teragung dalam setahun. Hari tersebut adalah haji besar yang berkumpul berbagai ketaatan dan amal ibadah padanya yang tidak terkumpul pada hari-hari selainnya. Sesungguhnya siapa yang mendapatkan sepuluh hari bulan Zulhijjah merupakan bahagian dari nikmat Allah yang besar atasnya. Hanya orang-orang soleh yang bersegera kepada kebaikan segera untuk menghormatinya dengan semestinya. Dan kewajiban seorang Muslim adalah merasakan nikmat ini, memanfaatkan kesempatan emas ini dengan memberikan perhatian yang lebih, dan menundukkan dirinya menjalankan ketaatan. Sesungguhnya di antara kurnia Allah Taala atas hambaNya adalah menyediakan banyak jalan berbuat baik dan meragamkan kepelbagaian bentuk ketaatan agar semangat seorang Muslim sentiasa thabat, tetap istiqamah menjalankan ibadah kepada Allah.

SUMBER: tarbawi.net

 

Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda Pas Malaysia

 
 

GOLONGAN MUDA MUFLIS – BENARKAH KAD KREDIT PUNCA UTAMA?

KENYATAAN MEDIA
GOLONGAN MUDA MUFLIS – BENARKAH KAD KREDIT PUNCA UTAMA?


Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (LPAS DPPN PNG) berpandangan sangat serius terhadap kenyataan hasil kajian secara rambang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj dimana dalam tempoh 3 tahun yang lalu kira-kira 45,000 orang muda diisytiharkan muflis dengan nisbahnya dianggarkan 41 orang sehari.

Justeru itu, sedia maklum bahawa kegagalan membuat bayaran balik hutang, pemiutang akan memfailkan petisyen kepada Pihak Mahkamah dengan syarat hutang mestilah melebihi RM 30,000 keatas.

Persolannnya sekarang ialah mereka yang diisytiharkan muflis boleh dikatakan kesemuanya berada dibawah lingkungan umur bawah 40 an dan tinggal di bandar – bandar besar. Dan antara sebab mengapa sesetengah anak muda terlibat dengan pinjaman bank melalui pinjaman peribadi dan kepenggunaan kad kredit adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian mereka gara – gara kos sara hidup yang terlalu tinggi. Golongan anak muda yang berbelanja secara membazir bolehlah dianggap segelintir sahaja. Bukan semuanya 45,000 anak muda suka membazir.

Harus diingat, rata – rata yang membuat pinjaman bukan untuk keseronakan semata – mata, malahan ada juga sebilangan anak muda yang membuat pinjaman sekadar untuk meneruskan hidup di Bandar – Bandar Besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Dan Pulau Pinang dimana gaji terlalu rendah atau sederhana.

Sebilangan anak muda terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank untuk menamatkan zaman bujang mereka, dimana kita sedia maklum bahawa faedah (bunga) adalah terlalu tinggi didalam sistem sesetengah perbankan. Anak muda terpaksa berhutang untuk kahwin sebanyak RM 15,000 ke RM 20,000 . Ditambah dengan kos perkahwinan saban tahun semakin meningkat dan dengan hutang termasuk faedah (bunga) sekali. Ini bermakna mereka akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah hutang.

Dan dalam masa yang sama juga, mereka terpaksa membuat pinjaman untuk membeli kereta dan rumah bagi memenuhi keperluan hidup berkeluarga. Ditambah pula pasangan yang bekerja. Mereka terpaksa menghantar anak mereka kepada pengasuh atau ke Pusat Asuhan Kanak – Kanak. Ini sudah tentu melibatkan penambahan kos.
Ini belum lagi menyentuh kepada pinjaman pengajian di IPTA mahupun IPTS pada masa terdahulu daripada PTPTN. Tempoh bayaran semula pinjaman kepada PTPTN yang panjang ditambah dengan faedah yang tinggi.

Sepatutnya belanjawan 2012, Kerajaan UMNO/BN perlu menekan peruntukan kepada golongan – golongan asnaf bandar. Seperti mana pada thun 2010 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik pernah mengeluarkan kenyataan pada media – media bahawa masyarat di bandar – bandar pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan diisytiharkan sebagai Miskin Bandar.

Sudah sampai masanya anak muda harus menilai Buku Jingga yang di tawarkan oleh Pakatan Rakyat berbanding dengan kerajaan yang ada sekarang pimpinan UMNO/BN.

Belanjawan yang di bentangkan oleh PM Datuk Seri Najib baru-baru ini hanyalah sekadar mengaburi mata rakyat dalam jangka masa pendek semata – mata untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke-13. Oleh yang demikian, anak – anak muda perlu bangkit sekarang daripada terus ditindas oleh Kerajaan UMNO/BN. Anak muda lah yang akan dapat mengubah struktur landskap politik Malaysia.

Disediakan Oleh;

Ahmad Firdaus Bin Ali
Pengerusi

 

BUKTI UMNO KHIANAT RAJA-RAJA..BHGN 1

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2011 in Isu Semasa

 

pembayaran RM 500.00 kpd isi rumah kurang daripada RM 3,000.00.

KENYATAAN MEDIA


Sudah sampai masa nya Kerjaan UMNO/BN perlu menjelaskan secara terbuka kepada rakyat negeri Pulau Pinang khususnya berpendapatan kruang daripada RM 3,000.00 sebulan. Kerana Belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ni memperuntukan RM500.00 ringgit setahun kepada isi rumah yang kurang daripada RM 3,00.00 Sebulan.
Ini sangat penting bagi masyarakat bandar seperti di Pulau Pinang. Kerana rata-rata pendapatan isi rumah di paras sederhana dan rendah.
Persolannya sekarang kenapa Kerajaan UMNO/BN tidak menggunakan khidmat bayaran terus menggunakan khidmat Pejabat Pos seperti pada tahun 2006 dan 2007, dizaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memberi rebat tunai kepada pemilik kenderaan motor dan kereta iaitu sebanyak RM 625.00 (kereta) dan RM 125.00 (motor). Semua urusan pengisian borang dan pengambilan duit rebet tunai di lakukan di Pejabat Pos.
Tetapi kenapa Bayaran RM 500.00 ini perlu mengisi borang pendaftaran di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusan pembayaran duit ini pulak di Pejabat Pos. Tidak kah ini menyusahkan orang ramai kerana terpaksa membuat urusan berlainan tempat pada masa sama atau hari yang berlainan.
Ataupun Kerjaan UMNO/BN mempunyai agenda tersendiri untuk memasang perangkap apabila orang ramai berurusan dengan LHDN.

Cadangan Lajnah Pengguna & Alam Sekitar DPPN Pulau Pinang ialah :

1) Kerajaan UMNO/BN perlu menjelaskan kepada orang ramai dalam masa terdekat supaya orang awam tidak menjadi keliru atau berfikir untuk membuat sesuatu keputusan.

2) Kembali memberi RM 500.00 kepada orang ramai melalui agen seperti Pejabat Pos iaitu kaedah yang sama dilakukan pada tahun 2006 dan 2007 apabila pemberian rebet tunai oleh Kerajaan UMNO/BN akibat kenaikan harga minyak petrol.

Seharusnya Kerajaan UMNO/BN perlu mengkaji dahulu sebelum mengumumkannya iaitu dengan mengambil kira jarak lokasi dari satu tempat ke tempat lain, masa dan pengangkutan. Kerana LHDN hanya terletak di Bandar-Bandar besar. Manakala di semi bandar tiada mempunyai LHDN. Sbg contoh di Pulau Pinang. Hanya ada 2 sahaja.

Disediakan Oleh:
Sdr Ahmad Firdaus Bin Ali (Pengerusi LPAS DPPN Png).

 
1 Comment

Posted by on October 24, 2011 in Kenyataan Media