RSS

SEJARAH MERDEKA: RAKYAT SEMANGKIN KELIRU

14 Sep

Kenyataan Media (10 September 2011)

SEJARAH MERDEKA: RAKYAT SEMANGKIN KELIRU

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) terkejut dengan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) yang mendakwa bahawa Tanah Melayu atau Malaysia bukannya dijajah oleh British tetapi hanya mentadbir Negara ini sahaja ketika sebelum Negara yang dikatakan mendapat Kemerdekaan pada Tahun 1957 daripada British. Bagi kami ianya satu kenyataan yang dangkal lagi memalukan oleh kerana mereka yang dikatakan berpendidikan tinggi hatta bertaraf Profesor amat mengelirukan sejarah tanahair serta rakyat amat terperanjat sama sekali.

Bagi kami juga, persoalan mengapa kita menyambut Hari Kemerdekaan Negara setiap tahun adalah tidak bermakna jika diambil kira fakta yang dikemukakan. Malah ianya juga membawa erti bahawa Umno tidak memperjuangkan Kemerdekaan Negara ketika itu dan bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah bukanlah Bapa Kemerdekaan sepertimana yang didakwa sebelum ini. Ianya juga bermakna bahawa kedatangan British ketika itu bukanlah untuk menguasai politik tanah Melayu.

Adakah British tidak menguasai pentadbiran Negara ketika itu? Adakah ianya juga tidak menguasai ekonomi tanah Melayu ketika sebelum Merdeka? Dan langsung tidak memunggah kekayaan Negara hasil bumi kita? Serta British langsung tidak menekan bahasa, budaya dan pendidikan rakyat ketika sebelum Merdeka? Sebenarnya mereka yang mengatakan Negara ini tidak pernah dijajah adalah mereka yang mendapat faedah dan kedudukan atau yang mengampu jika menafikan fakta yang sebenarnya.

Persoalan juga timbul, adakah British yang datang ke tanah Melayu ketika itu hanya untuk mengadakan lawatan sambil belajar semata-mata? Adakah juga kematian Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam dan Tok Janggut @ Haji Mohd Hassan Munas adalah untuk suka-suka sahaja? Dengan kenyataan Profesor Dr Zainal Keling tersebut boleh disifatkan menghina Raja-Raja Melayu seolah-oleh Raja Melayu ketika itu seperti tunggul kepada British yang hadir di tanah Melayu sebagai pelawat jika diperhalusi kedudukan fakta yang amat keliru tersebut.

Oleh yang demikian, kami terpanggil untuk mencabar berdebat dengan Profesor ibarat ‘kangkung’ ini, kami amat kesal ahli akademik menjadi alat untuk menyelamatkan Umno semata-mata. Mereka jelas ingin menutup sejarah sebenar perjuangan Kemerdekaan yang terbunuh bagi melepaskan kedudukan Negara daripada penjajah selama ini. Kami kesal kita masih dijajah walaupun ingin membetulkan fakta sejarah yang sebenar daripada isi hati perjuang yang langsung tidak diikhtiraf sehingga kini oleh kerajaan.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: