RSS

Pemuda Pas Pulau Pinang Sokong Kenyataan Mufti Pulau Pinang.

17 Aug
Pemuda PAS P.Pinang sokong Mufti
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 17 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan Mufti Negeri, Shahibul Samahah, Datuk Seri Hasan Ahmad berhubung isu larangan bacaan al-Quran menerusi pembesar suara sebelum subuh.Penjelasan oleh mufti dua hari lalu menamatkan segala-galanya bahawa memang arahan itu atas ‘nasihat hukum’ bukanya fatwa sebagaimana yang didakwa sebelum ini di media-media arus perdana.

Setiausahanya, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin menambah, isu ini telah dipolitikan oleh pihak yang berfikiran sempit dan tidak faham agama apabila mengaitkan kerajaan negeri turut serta melarang atas tekanan daripada DAP.

“Dewan Pemuda berharap isu ini ditamatkan setelah mendapat penjelasan dari Mufti kerana buat apa menyalahkan satu sama lain terhadap isu yang boleh diselesaikan dengan mudah,” tambahnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak-pihak yang mempertikaikan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) agar itu menghentikan tohmahan sesama sendiri sebaliknya menerima hakikat bahawa ia tidak sesuai demi maslahah umum.

Lebih-lebih lagi katanya, Islam menganjurkan perlunya menghormati orang yang sedang tidur, sakit tua, uzur, kanak-kanak dan seumpamanya termasuk golongan bukan Islam dari selepas Isyak sehingga sebelum Subuh.

Walaupun bacaan Al Quran itu baik dan dituntut serta mendapat pahala kepada pembaca dan mendengarnya tetapi ianya turut terikat dengan ruang lingkup adab dan batas-batas akhlak yang digariskan Islam.

Bahkan ada kalangan ulama’ berpendapat jika bacaan Al Quran itu diperdengarkan menerusi radio, CD, MP3  atau apa jua alat teknogi terkini sekalipun, jika bacaan itu tidak diendahkan oleh orang yang mendengarnya, hendaklah ditutup sahaja kerana tidak menghormati bacaan tersebut.

“Kepada mana-mana golongan yang mentafsirkan arahan itu campur tangan politik terutama kononya di halang oleh DAP hendaklah berfikir dengan waras bukan hentam keromo. Larangan sebegini juga dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan serata negeri lain, ” ujarnya.

DPPNPP juga berpendapat isu ini sengaja ditimbulkan bagi tujuan menenggelamkan isu MyKad dan kepincangan daftar pemilih yang begitu hangat diperkatakan sekarang ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: