RSS

Monthly Archives: August 2011

SALAM IDUL FITRI DARI PEMUDA PAS BUKIT BENDERA

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 28, 2011 in Makluman

 

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA DAN EDAR KUIH RAYA

ANJURAN :LAJNAH PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR (LPAS) DDP MALAYSIA DAN LPAS DPPN PULAU PINANG.
LOKASI : TERMINAL STESEN BAS BUTTERWORTH, PULAU PINANG
TARIKH : 26/08/2011 JAM 10.00 HINGGA 12.00 MALAM



TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. SEMOGA USAHA YANG MURNI INI MENDAPAT KEREDHAAN DARI-NYA.

 
 

MUNAJAT PERDANA SERENTAK SELURUH MALAYSIA. MALAM INI!!!!!

SOLAT INSYAK DAN TERAWIKH DI
MARKAZ PONGSU SERIBU
PULAU PINANG.

LIVE: 10.00 MALAM UCAPAN:
USTAZ IDRIS AHMAD, DATO HARUNN TAIB, TG HJ ABD HADI AWANG DAN TG NIK ABDUL AZIZ DARI KOTA BHARU

3.00 PAGI :MUNAJAT(QIYAM)..

AYUH HADIR BERAMAI-RAMAI..

SEMOGA BERTEMU DENGAN LAILATUL QADAR
MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN BERIBADAH(BERIBADAH SEUMUR HIDUP)

JOM!!! JOM!!! JOM!! ALLAHU AKHBAR!!!

 

BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN KG MUTIARA BT. FERINGGI( siri 2 )

 
 

Iftor Jama’i PAS Kawasan Bukit Bendera

Tarikh : 20 Ogos 2011 ( Sabtu )

Masa : 6.00 ptg hingga 8.30 malam

Tempat : Di rumah

(Tuan Haji Abdul Halim Salleh)

No 644 Jalan Permai Tanjong Bunga

Tanjung Bungah, Pulau Pinang

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT AHLI DAN PENYOKONG PAS SERTA RAKYAT SEREMPAT DI JEMPUT HADIR. SEMOGA BERTAMBAH ERAT UKHUWWAH DIANTARA  KITA SEMUA

Peta

SILA CLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN.


 
 

Pakatan desak bajet RM15.86 bilion JPM dicantas

Peruntukan dana bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2008 – dan Pakatan Rakyat berhasrat mengurangkan jumlah itu agar dana negara dapat diketepikan untuk “keutamaan negara yang lebih mendesak”.

NONESehubungan itu, Pakatan pada sidang media hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peningkatan mendadak bajet JPM sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu.

“Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005), belanjawan pembangunan untuk JPM ialah RM7.2 bilion, atau 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan bagi tempoh tersebut.

“Bajet pembangunan jabatan itu menyaksikan peningkatan empat kali ganda dalam Rancangan Malaysia ke-9, menjadikannya RM29.6 bilion, ataupun 13.5 peratus daripada jumlah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9,” kata ahli parlimen DAP bagi kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong (di atas) hari ini.

Bagi Liew, bajet JPM bagi tahun 2009 dianggapnya sebagai “keji”, kerana ia adalah dua kali ganda daripada bajet RM7.1 bilion bagi tahun sebelumnya berbanding RM14 bilion.

Tidak sihat

Bagi tahun 2010, JPM telah diperuntukkan RM12.1 bilion, rendah sedikit daripada jumlah bagi tahun 2009.

Bagi tahun 2011, pula JPM telah diperuntukkan RM15.86 bilion – RM10.78 bilion untuk pembangunan dan RM5.76 bilion untuk operasi.

Menurut Liew apa yang dilakukan selama ini oleh kerajaan BN adalah tidak sihat kerana peruntukan bajet hanya ditentukan oleh Najib sahaja.

“Bila Perdana Menteri kata dia akan bagi sejumlah wang tertentu, ia bermaksud beliau tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah tidak sihat untuk ekonomi Malaysia,” katanya dalam sidang media Bajet Alternatif Pakatan Rakyat ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ di Kuala Lumpur hari ini.

Liew yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP memberi contoh, pada tahun ini dan tahun lalu Kementerian Pelajaran telah diarah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka.

“Ini member kesan besar kepada pelajar di sesetengah asrama yang tidak dapat menyediakan makanan pada hari Sabtu dan Ahad.

“Ini juga membawa kesan kepada rakyat dan oleh itu kita mahu Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bagaimana mereka menggunakan wang rakyat,” katanya.

Beliau yakin jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan, peruntukan dan perbelanjaaan secara membazir serta pengurangan bajet yang tidak adil akan dihentikan secepat mungkin.

Beliau menambah bajet adalah tanggungjawab rakyat kepada rakyat jelata, dan bukannya untuk kepentingan mana-mana pihak tertentu.-Malaysiakini

 

JAULAH & IFTAR JAMAEI DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.