RSS

SELAMAT BERJUMPA NISFU SYAABAN!!!

15 Jul

PAS sebagai sebuah gerakan Islam dan dakwah sewajibnya mengambil peluang ini dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sempena bulan syaaban dan yang paling dikenali oleh masyarakat Melayu Islam malaysia ialah menyambut Malam Nisfu Syaaban. Dalam mempersoalkan kenapa masyarakat Melayu hanya datang ke masjid dan surau hanya pada hari tertentu sahaja dan salah satunya adalah malam nisfu syaaban, sepatutnya yang dipersoalkan adalah berapa ramai masyarakat Melayu Islam yang hadir ke Masjid dan Surau???

Oleh itu PAS sebagai sebuah gerakan dakwah dan memimpin masyarakat sewajibnya menggunakan peluang ini untuk berdakwah dan menghimpunkan ahli PAS dan UMNO dalam satu majlis yang sama. Program-program seperti inilah yang akan dapat menonjolkan PAS bukan sahaja sebagai Parti Politik sahaja bahkan organisasi yang memartabatkan syiar Islam. Matlamat kita dalam menarik seramai mungkin rakyat menyokong kita termasuk ahli InsyaAllah akan berjaya. Usahlah kita terjebak dengan  perbahasan Ulama yang panjang tentang Nisfu Syaaban, Ini akan menyebabkan kerja dakwah menjadi lambat dan mungkin kemenangan yang diharapkan juga akan lambat.

Politik dakwah hendaklah baik kepada semua orang kecuali mereka yang tidak adil dalam tindakkannya..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: