RSS

Pulau Pinang salur RM1.75 juta martabat Sekolah Agama Rakyat

21 Jun

 

RM1.75 juta diserahkan demi memartabatkan Sekolah Agama Rakyat di Pulau Pinang

SUNGAI BAKAP | Pulau Pinang akan terus memartabatkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai pusat kecemerlangan umat Melayu Islam di negeri itu walaupun kerajaan negeri terus-menerus dituduh ‘anti Islam’ oleh pemimpin tertentu Umno.

Demikian kata Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato’ Mansor Othman petang tadi ketika menyerah peruntukan khas untuk SAR sebanyak RM1.75 juta lagi bagi tahun ini.

Dari kanan: Adun Sungai Bakap Ustaz Makhtar Shafie, Dato’ Mansor Othman (Tim. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang) & Exco Agama Negeri Haji Abdul Malik Abul Kassim

Tidak cukup dengan itu, Mansor turut menyalurkan RM10,000 dari peruntukannya bagi pembinaan prasaraan makmal sains di Sekolah Menengah Agama Ad Diniah, Sungai Rambai, Seberang Prai Selatan, di sini.

“Saya cukup memberi perhatian pada perkembangan SAR untuk kembalikan kegemilangan tamadun ilmu-ilmu Islam di negeri ini, untuk itu saya keluarkan RM10,000 dari peruntukan saya untuk sekolah ini (Ad Diniah) selain RM1.75 juta yang disalurkan pada seluruh sekolah agama rakyat, “ujarnya di depan lebih 400 guru-guru sekolah agama rakyat.

Mansor menyampaikan pidato ‘Agenda Memartabat Bangsa’

Peruntukan itu meliputi sembilan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), 10 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 2 buah Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Integrasi, 7 buah Maahad Tahfiz dan 102 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR).

Mansor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Pembangunan Masyarakat turut mengumuman peruntukan khas sebanyak RM618,000 untuk diagihkan pada guru-guru sekolah agama rakyat sebagai saguhati.

Mudir & kaum guru sebulat suara memartabat Sekolah Agama Rakyat dan bangsa

Tahun lalu, kerajaan negeri memperuntukan RM1,75 juta untuk SAR. Manakala, RM1.5 juta diperuntukan bagi tahun 2009.

Turut hadir, Exco Agama Negeri Haji Abdul Malik Abul Kassim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Haji Sazali bin Haji Hussein, Adun Sungai Bakap Haji Makhtar Shafie, Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Ad Diniah Haji Shamsudin Basir dan Mudir Maahad An-Nahdoh Tuan Guru Mutalib Maarof. -END

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: