RSS

KENYATAAN AKHBAR

12 May

PROVOKASI PERKAUMAN YANG MENGGUGAT ASAS PERPADUAN NEGARA

Malaysia yang terbina  di atas semangat perpaduan yang jitu telah melaui berbagai ujian sehingga seluruh rakyat dapat menikmati suasana harmoni dan kesatuan berbagai kaum yang wujud selama ini. Namun demikian di akhir-akhir ini ada pihak dari parti perkauman yang sempit tidak mahu melihat suasana ini berterusan. Tindakan mereka hanyalah kerana kepentingan politik untuk mengekalkan kuasa di mana mereka sudah tidak ada momentum lagi untuk memimpin. Lebih memburukkan keadaan, semua apparatus termasuk media digunakan untuk mencapai maksud politik yang sempit ini. Malangnya media tertentu menjadi perkakas buruk untuk menyampaikan agenda yang menggugat kestabilan perpaduan kaum di Negara ini. PAS merasa kesal dan kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang terdesak untuk menggadai perpaduan di Negara ini hanya kerana ingin terus berkuasa. Salah satu agenda perkauman ini ialah kononnya pihak tertentu dari agama Kristian berusaha untuk menjadikan Kristian menjadi agama resmi Persekutuan. Malah dengan niat jahat menyebut keterlibatan seorang ahli Parlimen DAP negeri Pulau pinang dalam pertemuan yang membincangkan perkara tersebut. Muka depan Utusan Malaysia 7 Mei 2011 membawa tajuk ‘ Malaysia Negara Kristian?’. Oleh itu, PAS ingin membuat penegasan tentang isu ini dan sekali gus member amaran kepada pihak tertentu bahawa:

1)      Laporan Utusan Malaysia 7 Mei adalah satu tajuk yang provokatif dan menimbulkan kebencian dan prejudis perkauman yang menyentuh tentang tonggak Negara ini iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan. Apakah tajuk utama utusan Malaysia hari tersebut berniat dengan sengaja menimbulkan kemarahan Melayu sehingga timbul prejudis kepada kaum lain di Negara ini?

2)      Sumber maklumat tentang kejadian di Pulau Pinang itu tidak ditapis terlebih dahulu untuk mengesahkan satu berita yang mempunyai kesan kepada perpaduan Nasional Negara ini. Berita Utusan Malaysia ini dipetik dari satu sumber Blogger yang bernama’bigdog’ yang tidak punya kredibiliti pemberitaan yang sahih melainkan bertujuan untuk menimbulkan huru-hara di Negara ini. Apakah pemberitaan Utusan Malaysia sampai ke tahap longkang dan jamban dalam membawa berita-berita yang tidak disahkan kebenarannya?. Malang bagi Utusan Malaysia yang telah merendahkan martabatnya sendiri dengan mengambil sumber yang dipertikaikan’

3)      Impak pemberitaan itu telah menggegarkan perpaduan Negara dan merebakkan api perkauman dan sentiment keagamaan yang berpotensi untuk mencetuskan huru-hara di Negara ini.

4)      Pihak tertentu yang berfahaman perkauman sempit akan menangguk di air keruh untuk tujuan politik yang boleh memudharatkan keselamatan Negara ini dan yang paling di khuatiri ialah pihak tertentu sememangnya merancang semua scenario ini supaya sengaja menimbulkan huru-hara di Negara ini.

PAS Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa asas Islam sebagai Agama Persekutuan yang termaktub dalam artikel 3 Perlembagaan Persekutuan diterima pakai oleh semua pihak di Negara ini dan semua komited untuk menjayakan artikel 3 ini. Pakatan Rakyat khususnya menegaskan dalam Persetujuan Shah Alam pada tahun 2009 bahawa Islam sebagai Agama Persekutuan akan kekal menjadi tonggak penting Negara dan berjanji untuk mempertahankannya sehingga ketitisan darah yang terakhir. Putarbelit jahat Utusan Malaysia sebagai buruk pihak tertentu, kononnya ada usaha menggugat ini adalah pembohongan kelas pertama dan PAS Pulau Pinang mendesak supaya rakyat Malaysia memboikot Utusan Malaysia dan menuntut pihak Polis membuat siasatan ke atas sumber Blogger ‘bigdog’ yang mencetuskan huru-hara ini.

Pada waktu yang sama PAS Pulau Pinang ingin menegaskan sokongan berterusan kepada Inspiarsi Pakatan Rakayat untuk membentuk Pulau Pinang yang sejahtera untuk semua orang dan tidak akan termakan dengan manipulasi politik licik pihak tertentu supaya PAS melatah. Ahli PAS khususnya dan orang awam diseru supaya jangan menjadi mangsa api fitnah ini malah diseru untuk meneruskan soongan kepada usaha PAS untuk membawa kebaikan kepada warga Pulau Pinang tanpa mengira kaum. Allah S.W.T berfirman”

“ Fitnah lebih Bahaya dari membunuh”

SEKIAN.

Yang Benar,

ttttt

YB DR MUJAHID YUSOF RAWA

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG

AHLI PARLIMEN MALAYSIA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: