RSS

PEMUDA UMNO, PERKASA DICABAR TOLAK MUSA & OMAR SEBAB KAUT RM5 JUTA UNTUNG DARI HARTANAH 31 MELAYU KG.TERANG

01 Aug

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG

PEMUDA UMNO, PERKASA DICABAR TOLAK MUSA & OMAR SEBAB KAUT RM5 JUTA UNTUNG DARI HARTANAH 31 MELAYU KG.TERANG

27 Julai 2012 | Bayan Lepas

Keuntungan RM5 juta hasil penjualan 9.362 ekar tanah Kampung Genting, Balik Pulau sepatutnya dinikmati oleh 31 pemilik asal yang terdiri oleh Melayu.

Tapi, Maison Height Sdn. Bhd. yang dipunyai oleh dua pemimpin utama Umno terlebih dahulu membeli tanah ini dengan harga RM8.6 juta atau RM21 sekaki persegi sebelum dijual kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dengan harga RM13.5 juta atau RM33 sekaki persegi.

Tanah 31 Melayu selesai dipindah milik kepada Maison Height pada 31 Januari lepas. 6 Mei lepas, Maison Height pindah milik pula kepada Kay Pride.

Tengok, dalam masa tak sampai empat bulan, dua pemimpin Umno ini mengaut keuntungan RM5 juta yang sepatutnya dinikmati oleh oleh 31 Melayu berkenaan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir adalah pengerusi syarikat Maison Height dengan pegangan sebanyak RM500,000.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Fauzar adalah pengarah urusan di syarikat itu dengan pegangan RM449,999 saham. RM1 saham lagi dipunyai oleh adik Omar bernama Omar Harun.

Kalau Umno jujur, mereka tidak buat begitu. Sama-sama kita tengok, adakah RM5 juta itu akan memberi manfaat kepada 31 Melayu berkenaan selepas semua ini didedah?

Orang kampung yang mungkin tak masuk Universiti pun tahu, ada yang tidak kena apabila keuntungan RM5 juta itu dikaut oleh dua pemimpin Umno berkenaan.

Takkan Shaikh Hussain Mydian serta Pemuda Umno Pulau Pinang yang begitu bijak dan jujur lantang mempertahankan hak Melayu konon-kononnya tidak nampak wajah kemunafikan sebenar ketua-ketuan mereka?

Mohd. Razuad Mohd. Azudin selaku Ketua Wira Perkata; iaitu Sayap Pemuda Perkasa lebih mengetahui unsur penipuan membabitkan 31 Melayu berkenaan kerana beliau  ‘orang Balik Pulau’.

Kenapa pemuda Umno dan pemuda Perkasa tak berdemontrasi membantah perbuatan keji Musa dan Omar?

Mereka ikhlas mempertahan hak Melayu Pulau Pinang atau kroni-kroni Umno?

Justeru, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mencabar Umno Pulau Pinang serta Perkasa menyatakan pendirian terbuka dengan menolak perbuatan Musa dan Omar demi membela kepentingan hartanah Melayu Pulau Pinang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: